Pages


Tuesday 1 November 2011

42 Fakta Tentang Seorang Ayah yang patut Anak harus tahu

 

Pada umumnya pengorbanan bapa tidak dilihat oleh anak-anak sehebat pengorbanan ibu. Kemungkinan kerana bapa tidak mengandungkan anak. Kemungkinan juga kerana bapa tidak melahirkan anak. Dan bapa juga tidak membesarkan anak dari segi susuan, penjagaan dan pemeliharaan secara langsung. Tugas bapa banyak di luar rumah, di tempat kerja.
Kerana itu, masa anak-anak sejak dilahirkan lebih banyak bersama ibu. Hal itu barangkali memungkinkan ikatan, ingatan, hubungan dan perhargaan antara anak dengan bapa dan antara anak dengan ibu agak berlainan.
Itulah kelebihan ibu, tetapi ia tidak pula mengurangkan kelebihan bapa. Sebenarnya masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri sebab mereka saling melengkapi antara satu sama lain sebagai pasangan suami dan isteri, ibu dan bapa.
Berikut adalah 42 fakta tentang seorang ayah yang patut untuk seorang anak mengetahuinya.
1. Ayah ingin anak-anaknya punya lebih banyak kesempatan daripada dirinya, menghadapi lebih sedikit kesulitan, lebih tidak tergantung pada siapa pun – dan (tapi) selalu mengharapkan kehadirannya.
2. Ayah membiarkan kamu menang dalam permainan ketika kamu masih kecil, tapi dia tidak ingin kamu membiarkannya menang ketika kamu sudah besar.
3. Ayah tidak ada di album foto keluarga, kerana dia yang selalu mengambil gambar.
4. Ayah selalu tepat janji! Dia akan memegang janjinya untuk membantu seorang teman, meskipun ajakanmu untuk pergi sebenarnya lebih menyenangkan.
5. Ayah selalu sedikit sedih ketika melihat anak-anaknya pergi bermain dengan teman-teman mereka…kerana dia sedar itu adalah akhir masa kecil mereka.
6. Ayah mulai merancangkan hidupmu ketika tahu bahawa ibumu hamil (mengandungmu) , tapi setelah kamu lahir, dia mula membuat revisi.
7. Ayah membantu membuat impianmu jadi kenyataan bahkan dia pun boleh menyakinkanmu untuk melakukan hal-hal yang mustahil, seperti berenang di air setelah dia membenarkannya.
8. Ayah mungkin tidak tahu jawapan segala sesuatu, tapi dia membantu kamu mencarinya.
9. Ayah mungkin nampak garang di matamu, tetapi di mata teman-temanmu dia nampak baik dan menyayangi.
10. Ayah lambat mendapat teman, tapi dia bersahabat seumur hidup
11. Ayah benar-benar senang membantu seseorang…tapi dia sukar meminta bantuan.
12. Ayah di dapur. Membuat memasak seperti penjelajahan ilmiah. Dia punya rumus-rumus dan formula resepinya sendiri, dan hanya dia sendiri yang mengerti bagaimana menyelesaikan persamaan-persamaan rumit itu. Dan hasilnya?… .mmmmhhh…”tidak terlalu mengecewakan” (^^,)v
13. Ayah mungkin tidak pernah menyentuh penyapu ketika masih muda, tapi dia boleh belajar dengan cepat.
14. Ayah paling tahu bagaimana mendorong ayunan cukup tinggi untuk membuatmu senang tapi tidak takut.
15. Ayah akan sangat senang membelikanmu makanan selepas dia pulang kerja, walaupun dia tak dapat sedikitpun bahagian dari makanan itu
16. Ayah selalu berdoa agar kita menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, walaupun kita jarang bahkan jarang sekali mendoakannya
17. Ayah akan memberimu tempat duduk terbaik dengan mengangkatmu di bahunya.
18. Ayah tidak akan memanjakanmu ketika kamu sakit, tapi dia tidak akan tidur semalaman. Siapa tahu kamu memerlukannya.
19. Ayah menganggap orang itu harus berdiri sendiri, jadi dia tidak mau memberitahumu apa yang harus kamu lakukan, tapi dia akan menyatakan rasa tidak setujunya.
20. Ayah percaya orang harus tepat waktu. kerana itu dia selalu lebih awal menunggumu.
22. Dia akan melupakan apa yang dia inginkan, agar boleh memberikan apa yang kamu perlukan.
23. Dia menghentikan apa saja yang sedang dilakukannya, kalau kamu ingin bicara…
24. Dia selalu berfikir dan bekerja keras untuk membayar yuran pengajianmu setiap semester, meskipun kamu tidak pernah membantunya mengira berapa banyak kerutan di dahinya….
25. Ayah mengangkat beban berat dari bahumu dengan merengkuhkan tangannya di sekeliling beban itu….
26. Ayah akan berkata … “tanyakan saja pada ibumu” ketika dia ingin berkata “TIDAK”
27. Ayah tidak pernah marah, tetapi mukanya akan sangat merah padam ketika anak gadisnya tidur di rumah kawan tanpa izin.
28. Dan dia pun hampir tidak pernah marah, kecuali ketika anak lelakinya kantoi menghisap rokok di bilik air.
29. Ayah mengatakan…” tidak apa-apa mengambil sedikit risiko asal kamu sanggup kehilangan apa yang kamu harapkan”
30. Pujian terbaik bagi seorang ayah adalah ketika dia melihatmu melakukan sesuatu hal yang baik sama seperti caranya….
31. Ayah lebih bangga pada prestasimu, daripada prestasinya sendiri….
32. Ayah hanya akan menyalamimu ketika pertama kali kamu pergi merantau meningalkan rumah, kerana kalau dia sampai memeluk mungkin dia tidak akan pernah boleh melepaskannya.
33. Ayah tidak suka menitiskan air mata …. ketika kamu lahir dan dia mendengar kamu menangis untuk pertama kalinya,dia sangat senang sampai-sampai keluar air dari matanya (ssst..tapi sekali lagi ini bukan menangis)
34. Ketika kamu masih kecil, dia boleh memelukmu untuk menghilangkan rasa takutmu…ketika kamu mimpi akan dibunuh raksasa atau dikejar hantu.
35. Tapi…..ternyata dia boleh menangis dan tidak boleh tidur sepanjang malam, ketika anak gadis kesayangannya di rantau tak memberi khabar selama hampir satu bulan.
36. Ayah pernah berkata ” Kalau kamu ingin mendapatkan pedang yang tajam dan berkualiti tinggi, janganlah mencarinya di pasar, tapi cari dan pesanlah terus dari tukang besi.Begitu juga dengan cinta dan teman dalam hidupmu, jika kamu ingin mendapatkan cinta sejatimu kelak, maka minta dan pesanlah pada Yang Menciptakannya”
37. Untuk masa depan anak lelakinya Ayah berpesan..”Jadilah lebih kuat dan tegar daripadaku, pilihlah ibu untuk anak-anakmu kelak wanita yang lebih baik dari ibumu , berikan yang lebih baik untuk menantu dan
cucu-cucuku, daripada apa yang yang telah ku beri padamu”
38. Dan Untuk masa depan anak gadisnya ayah berpesan…”Jangan cengeng walaupun kamu seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak!Lelaki yang lebih boleh
melindungimu melebihi perlindungan